Latest Post

Upgrade Your Audio Setup: Exploring High-Quality HiFi Racks at Audio Perfectionist in Malaysia Innovations in Construction Chemistry

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Seramai 180 pesakit di Hospital Selayang di sini ceria apabila menerima kunjungan ahli-ahli Puteri UMNO yang turut menyampaikan hamper serta cenderamata kepada mereka semalam.

Kunjungan tersebut disertai oleh seramai 40 ahli Puteri UMNO Bahagian Selayang dan Gombak.

Exco Puteri UMNO, Norhamizah Mat Tahir berkata, kunjungan tersebut merupakan salah satu program dalam Projek Puteri Prihatin yang bertujuan mendekati masyarakat terutama yang di dalam kesusahan.

“Kesemua sumbangan diserahkan kepada pesakit di wad kanak-kanak dan wad bersalin. Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada pesakit sempena Majlis Sinar Kasih Warga Ibu dan Kanak-Kanak 1Malaysia.

Turut hadir, Ketua Puteri UMNO Bahagian Gombak, Rozazita Daud.

Norhamizah berharap kunjungan itu dapat mengeratkan hubungan antara ahli sayap itu dengan masyarakat setempat.